Imam Ali AS ,"Rasulullah Saww telah memberitahuku bahwa umatnya akan murtad …"
Rasulullah Saww. telah memberitahuku bahwa umat akan belot/ murtad selepasnya (sani‘ah). Tetapi penyaksianku terhadap apa yang mereka lakukan bukanlah membuatku lebih mengetahui dan lebih meyakinkanku daripada sebelumnya. Kerana aku lebih meyakini sabda Rasulullah daripada apa yang aku lihat dengan mata kepalaku. Aku berkata: Wahai Rasulullah! Apakah janji engkau kepadaku apabila ia berlaku?
Beliau bersabda: “Jika engkau mendapati pembantu-pembantu (a‘wanan), tentangilah mereka. Jika engkau tidak mendapati pembantu-pembantu, maka tahankan tangan engkau dan jagalah darah engkau sehingga engkau mendapati pembantu-pembantu bagi mendirikan agama, Kitab Allah dan Sunnahku”.
Rasulullah (Saww.) memberitahuku bahwa sesungguhnya umat akan mengkhianatiku, memberi bai‘ah kepada selain daripadaku dan mengikuti selain daripadaku.[1]
Dan Rasulullah (Saww.) memberitahuku bahwa sesungguhnya umat selepasnya akan menjadi sama dengan kedudukan Harun dan pengikut-pengikutnya. Al-‘Ijl dan pengikut-pengikutnya. Manakala Musa berkata kepadanya: Wahai Harun! Apakah yang menghalang engkau semasa engkau melihat mereka sesat Kenapakah engkau tidak mengikutiku? Adakah engkau telah menderhakai perintahku? Ini bererti bahwa sesungguhnya Musa telah memerintahkan Harun ketika beliau melantiknya ke atas mereka, jika mereka sesat dan beliau pula mendapati pembantu-pembantu, maka hendaklah memerangi mereka. Dan jika tidak mendapati pembantu-pembantu, hendaklah beliau menahan tangannya, menjaga darahnya dan janganlah memecah belahkan di kalangan mereka.
Begitu juga aku takut saudaraku Rasulullah (Saww.) bersabda kepadaku: Kenapakah engkau memecah belahkan di kalangan umat tanpa menjaga sabdaku? Sesungguhnya aku telah berjanji dengan engkau, jika engkau tidak mendapati pembantu-pembantu, hendaklah engkau menahan tangan engkau, menjaga darah engkau, darah keluarga engkau dan Syi‘ah engkau. Apabila Rasulullah wafat, ummat cenderung kepada Abu Bakr. Lalu mereka memberi bai‘ah kepadanya. Sementara aku sibuk dengan Rasulullah, memandi dan mengafankannya. Kemudian aku sibuk dengan al-Qur’an.
Maka aku telah bersumpah tidak akan memakai jubah melainkan untuk solat sehingga aku mengumpulkannya di dalam satu kitab. Maka aku telah melakukannya. Kemudian aku membawa Fatimah di atas keledai dan memegang al-Hasan dan al-Husain dengan tanganku. Aku tidak meninggalkan seorangpun daripada ahli Badr dan orang terawal daripada Muhajirin dan Ansar melainkan aku menyeru mereka dengan nama Allah akan hakku dan aku telah menyeru mereka supaya membantuku.[2] Maka ummat tidak menyahut seruanku melainkan empat orang; al-Zubair, Salman, Abu Dhar dan al-Miqdad.
Tiada seorangpun bersamaku daripada keluargaku, yang dapat membantuku. Adapun Hamzah telah terbunuh (qutila) pada Hari Uhud. Manakala Ja’far telah terbunuh pada Hari Mu’tah. Maka tinggallah aku di antara dua orang yang tidak bertamadun; Huqair bin al-Abbas dan Uqail. Mereka berdua masih hampir dengan kekufuran. Sementara itu banyak orang pula membenciku, lantas memaksaku. Maka aku berkata sebagaimana Harun berkata kepada saudaranya dalam Surah al-A‘raf (7): 150: Hai anak ibuku! Sesungguhnya kaumku telah menindasku, mereka hampir saja membunuhku”. Maka Harun bagiku adalah ikutan yang baik dan bagiku janji Rasulullah kepadaku adalah hujah yang kuat.
1. Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi‘ al-Mawaddah, hlm. 135.
2. Sibt Ibn al-Jauzi, Tadhkirah al-Khawwas, hlm. 30-31. al-Nasa’i, al-Khasa’is, hlm. 39-40.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar